KEPERLUAN PEMBELI RUMAH TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM PROJEK PERUMAHAN

MOHD AZIZI, MUHAMMAD FARIS (2017) KEPERLUAN PEMBELI RUMAH TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM PROJEK PERUMAHAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD FARIS AP140527 (25pages).pdf

Download (496kB) | Preview

Abstract

Teknologi hijau merupakan suatu alat atau produk yang membantu memelihara alam sekitar dan mengurangkan kesan aktiviti manusia. Bidang pembinaan adalah antara bidang yang menyumbang kepada peningkatan berbagai pencemaran. Sebagai contoh, pencemaran udara mungkin berlaku semasa dan selepas projek dijalankan. Oleh hal demikian, kajian ini dibuat bagi mengkaji keperluan pembeli rumah terhadap aplikasi teknologi hijau dalam projek perumahan serta mengkaji strategi meningkatkan aplikasi teknologi hijau. Kajian ini turut mengfokuskan selepas projek pembinaan perumahan siap dijalankan bagi menggalakkan kesedaran teknologi hijau untuk persekitaran yang sihat. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah diguna pakai bagi mencapai objektif yang telah dirancang. Kaedah soal selidik diguna pakai kepada penduduk taman perumahan manakala temubual dibuat kepada pemaju perumahan. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini mendapati responden menginginkan aplikasi teknologi hijau kerana mahu mengurangkan bil-bil utiliti selain daripada membantu mengurangkan penggunaan sumber asli. Bagi strategi pula, masih tiada strategi yang dirangka oleh pihak pemaju buat masa ini untuk pemasangan aplikasi teknologi hijau. Hal ini kerana, mereka bertindak hanya atas arahan PBT selain daripada untuk memaksimumkan keuntungan. Namun begitu, Namun begitu, terdapat beberapa strategi yang telah dicadangkan pada kajian literatur dimana pemaju dan pihak kerajaan implikasikan di dalam sektor pembinaan seperti pemaju perlu meneroka dan mencari cara untuk mengimbangi kehilangan biodiversiti yang disebabkan oleh pembinaan yang kian pesat dek arus permodenan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:45
Last Modified: 05 Mar 2018 16:45
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/757

Actions (login required)

View Item View Item