KAJIAN PENGURUSAN KOS DALAM PENGAPLIKASIAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN DALAM PROJEK PERUMAHAN

ABD AZIZ, NADEA TUL AYNOR (2018) KAJIAN PENGURUSAN KOS DALAM PENGAPLIKASIAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN DALAM PROJEK PERUMAHAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NADEA TUL AYNOR BINTI ABD AZIZ AP140418 (25 MUKA SURAT).pdf

Download (510kB) | Preview

Abstract

Air merupakan sumber kehidupan yang paling penting dalam kehidupan kita bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Masalah bekalan air di beberapa negeri di Malaysia bukanlah satu fenomena yang baru. Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengaplikasikan Sistem Penuaian Air Hujan di projek perumahan atau industri. Terdapat dua objektif utama iaitu mengenalpasti cabaran pengurusan kos Sistem Penuaian Air Hujan di dalam projek perumahan dan mengenalpasti langkah-langkah meningkatkan penggunaan sistem penuaian air hujan bagi kawasan perumahan. Untuk kajian ini , kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu menemubual responden yang terlibat dengan pelaksanaan sistem ini. Di dalam kajian ini , pengkaji menjangka hasil kajian dapat mengetahui cabaran pengurusan kos sistem penuaian air hujan di dalam projek perumahan dan dapat mengetahui langkah-langkah meningkatkan penggunaan sistem penuian air hujan bagi kawasan perumahan. Kepentingan kajian ini kepada pihak berkuasa tempatan, pihak pemaju dan pihak akademik adalah untuk memberi maklumat mengenai cabaran pengurusan kos sistem penuaian air hujan (SPAH) di kawasan perumahan di Selangor, di samping itu kajian ini jugak akan membantu pihak-pihak berkenaan untuk mengetahui langkah-langkah meningkatkan penggunaan sistem ini di kawasan perumahan

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:59
Last Modified: 05 Mar 2018 16:59
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/758

Actions (login required)

View Item View Item