PEMATUHAN PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK PENAMBAKAN LAUT DI MALAYSIA

MOHD ZAWAWI, NUR SYAHIRAH (2018) PEMATUHAN PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK PENAMBAKAN LAUT DI MALAYSIA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR SYAHIRAH BINTI MOHD ZAWAWI (AP140509).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia merupakan salah satu kegiatan utama dalam penjanaan ekonomi dan pembangunan negara. Walau bagaimanapun, kepesatan dalam pembangunan industri pembinaan hendaklah sejajar dengan prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Pada masa kini, bilangan projek pembangunan semakin meningkat tidak kira di darat atau laut. Dengan ini, penambakan adalah salah satu penyelesaian yang berpotensi untuk permintaan tanah baru bagi aktiviti pembangunan dengan berlandaskan prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, projek penambakan laut juga telah memberi impak kepada alam sekitar seperti ekosistem terjejas disebabkan penebangan pokok-pokok bakau sebelum memulakan aktiviti pembinaan. Selain itu, isu yang berbangkit mengenai kontraktor tidak mematuhi prosedur Penilain Impak Alam Sekitar yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pemahaman elemen EIA oleh kontraktor bagi projek penambakan laut, mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dan mengkaji strategi kontraktor dalam pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar bagi aktiviti penambakan laut di Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah kaedah temubual bersama 3 orang kontraktor iaitu di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Kajian yang dilakukan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kaedah kajian yang digunakan untuk pengumpulan maklumat yang lebih terperinci melalui kajian literatur dan temu bual semi-struktur kepada kontraktor yang menjalankan projek penambakan laut. Rumusan kajian mendapati pemahaman elemen EIA oleh kontraktor telah meningkat. Selain itu, kontraktor juga mengalami pelbagai jenis cabaran yang harus dihadapi dan mempunyai pelbagai strategi yang digunakan untuk mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar semasa projek penambakan laut dijalankan. Kajian ini dapat memberi maklumat tahap pemahaman elemen EIA, cabaran dan strategi kepada para kontraktor yang lain.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 17:06
Last Modified: 05 Mar 2018 17:06
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/759

Actions (login required)

View Item View Item