PENGGUNAAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) DALAM PELAKSANAAN PEMBINAAN HIJAU BAGI PROJEK PERUMAHAN

WAHI ANNUAR, NURUL AFIQAH (2018) PENGGUNAAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) DALAM PELAKSANAAN PEMBINAAN HIJAU BAGI PROJEK PERUMAHAN. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
2.pdf

Download (291kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Sistem Binaan Berindustri (IBS) ditakrifkan sebagai salah satu kaedah pembinaan yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan dengan menggunakan jentera, peralatan dan bahan-bahan yang meluas semasa perancangan projek. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia bagi elemen struktur seperti dinding, kekuda bumbung, rasuk, tiang, dan papak pratuang adalah sistem konkrit, sistem acuan yang boleh diguna semula, sistem rangka keluli, pasang siap sistem kerangka kayu, dan sistem kerja blok. Tahap kefahaman mengenai IBS oleh pemaju masih rendah, kos premium meningkat dan kekurangan panduan merupakan isu utama yang dibincangkan. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti pemahaman IBS dalam kalangan pemaju untuk melaksanakan pembinaan hijau bagi projek perumahan, mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pemaju ketika menggunakan IBS dalam pelaksanaan pembinaan hijau bagi projek perumahan dan mengkaji strategi penggunaan IBS dalam pelaksanaan pembinaan hijau bagi projek perumahan oleh pemaju. Metodologi yang digunakan ialah kaedah temu bual bersama 3 orang pemaju di Selangor dan menggunakan analisis kandungan. Rumusan kajian mendapati pemahaman IBS oleh pemaju dalam pelaksanaan IBS telah meningkat. Selain itu, pemaju-pemaju juga mengalami cabaran kos iaitu isu cukai semasa melaksanakan penggunaan IBS. Seterusnya, strategi yang diamalkan oleh pemaju untuk melaksanakan penggunaan IBS di dalam projek mereka ialah strategi dalam perkongsian ataupun partnering. Kajian ini dapat memberi maklumat tahap pemahaman IBS, cabaran dan strategi kepada pemaju dan pemain industri yang lain.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: CIDB Construction Industry Development Board CIMP Construction. Industry Master Plan CITP Construction Industry Transformation Programme IBS Sistem Binaan Berindustri KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar MIDA Malaysian Investment Development Authority MC Modular Coordination MOC Ministry of Construction
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:46
Last Modified: 04 Mar 2018 13:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/768

Actions (login required)

View Item View Item