PERANAN THINK CITY DALAM ASPEK PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI BANDARAYA GEORGE TOWN, PULAU PINANG

NOOR, NAZREEM (2017) PERANAN THINK CITY DALAM ASPEK PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI BANDARAYA GEORGE TOWN, PULAU PINANG. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Mohd Nazreem Ishraff Bin Mohamad Noor AP140256 (1-24page).pdf

Download (861kB) | Preview

Abstract

Think City adalah sebuah organisasi komuniti yang berfokuskan kepada aspek pemuliharaan semula bandar bagi tujuan untuk mewujudkan bandar-bandar yang lebih sesuai untuk didiami. Kewujudan Think City ini dapat dimanfaatkan agar kekurangan kepakaran teknikal dalam aspek pemuliharaan bangunan bersejarah dapat diatasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan Think City dalam melakukan tanggungjawab yang telah diberikan. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji program-program pemuliharaan yang dijalankan oleh pihak Think City. Kajian ini tertumpu di sekitar bandaraya George Town khususnya di kawasan tapak warisan dunia yang mengandungi projek-projek geran Think City. Pengkaji telah menemu bual pihak Think City dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi mendapatkan data untuk kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati aktiviti memuliharaan yang dijalankan oleh Think City memberi impak yang baik terhadap pembangunan semula rumah kedai lama di George Town. Pengkaji juga mendapati strategi pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan juga merupakan salah satu indikator yang baik terhadap keberkesanan program pembangunan semula di bandaraya ini.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 05 Mar 2018 14:40
Last Modified: 05 Mar 2018 14:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/773

Actions (login required)

View Item View Item