PERSEPSI MAHASISWA DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

ABDUL AZIZ, ATHIRAH (2018) PERSEPSI MAHASISWA DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
PSM_2.pdf

Download (319kB) | Preview

Abstract

Keusahawanan merupakan satu bidang yang penting terhadap ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan. Penyataan masalah ditumpukan kepada golongan mahasiswa yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dilihat masih berkurang dan belum mencapai tahap yang memuaskan. Objektif kajian pertama adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor dominan yang memberi dorongan kepada pelajar. Objektif kajian kedua pula adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara latar belakang akademik dengan faktor-faktor pendorong keusahawanan. Skop kajian ditumpukan kepada pelajar-pelajar tahun akhir FPTP di UTHM. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan kuantitatif iaitu soal selidik. Kaedah tersebut merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan data melalui soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan Ujian Korelasi Spearman dengan menggunakan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor motivasi merupakan faktor dominan. Diharap hasil kajian ini dapat membantu pelajar dalam mengenalpasti faktor dominan yang dapat menarik golongan siswazah terhadap bidang keusahawanan. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada golongan siswazah bahawa bidang keusahawanan ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk membuka perniagaan sendiri seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara industri menjelang tahun 2020.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 15:47
Last Modified: 01 Mar 2018 15:47
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/775

Actions (login required)

View Item View Item