ASPEK KEPUASAN PELAJAR TERHADAP FASILITI PERKHIDMATAN SOKONGAN ASRAMA DI DALAM KAMPUS INDUK UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR

Ismail, Nor Nadiah (2018) ASPEK KEPUASAN PELAJAR TERHADAP FASILITI PERKHIDMATAN SOKONGAN ASRAMA DI DALAM KAMPUS INDUK UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM).

[img]
Preview
Text
Ap140341 (Nor Nadiah binti Ismail).pdf

Download (426kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah fasiliti perkhidmatan sokongan di asrama Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM) memberi kepuasan terhadap pelajar yang menginap di asrama UTHM. Untuk menjalankan kajian ini. pengkaji telah menetapkan dua objektif iaitu mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap fasiliti perkhidmatan sokongan asrama di dalam kampus induk UTHM dan mengkaji tentang langkah-langkah untuk penambahbaikkan fasiliti perkhidmatan sokongan asrama di dalam kampus induk UTHM. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap fasiliti perkhidmatan sokongan asrama di Kolej Kediaman Tun Fatimah berada di tahap sangat mempengaruhi (4.50<nilai<5.00) iaitu dengan memperolehi nilai skala tertinggi iaitu 4.67. Seterusnya Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail berada di tahap sangat mempengaruhi (4.50<nilai<5.00) iaitu dengan memperolehi nilai skala tertinggi iaitu 4.75. Manakala Kolej Kediaman Tun Syed Nasir pula berada pada tahap mempengaruhi (3.50<nilai<4.50) iaitu dengan memperolehi nilai skala tertinggi iaitu 4.43. Bagi langkah-langkah penambahbaikkan fasiliti perkhidmatan sokongan asrama pula Kolej Kediaman Tun Fatimah berada pada tahap sangat setuju (4.50<nilai<5.00) iaitu dengan memperolehi nilai skala tertinggi iaitu 4.68. Seterusnya, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail berada pada tahap sangat setuju (4.50<nilai<5.00) iaitu dengan memperolehi nilai skala tertinggi iaitu 4.67. Manakala Kolej Kediaman Tun Syed Nasir pula berada pada tahap setuju (3.50<nilai<4.50) iaitu dengan memperolehi nilai skala 4.33. Dengan kajian ini, dapat membantu pihak pengurusan fasiliti dan pihak universiti dalam menambahbaikan terhadap fasiliti perhidmatan sokongan di asrama di kampus induk UTHM, Parit Raja supaya dapat memberi kepuasan kepada semua pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:12
Last Modified: 05 Mar 2018 12:12
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/777

Actions (login required)

View Item View Item