FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PELAJAR UTHM TERHADAP KEUSAHAWANAN

ABD JALIL, NABILA (2018) FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PELAJAR UTHM TERHADAP KEUSAHAWANAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PELAJAR UTHM TERHADAP KEUSAHAWANAN .pdf - Published Version

Download (412kB) | Preview

Abstract

Keusahawanan merupakan satu titik permulaan untuk meningkatkan ekonomi negara di samping dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Oleh itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan landasan utama dan medan untuk melahirkan tenaga kerja yang produktif dan profesional bagi menggerakkan segala mekanisme dan jentera pembangunan yang digarap oleh teraju kepimpinan kita. Namun begitu, fenomena pelajar kurang berpengetahuan tentang sesebuah pekerjaan telah menyebabkan pemilihan kerjaya mereka kurang bersesuaian dan tidak tepat. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap bidang keusahawanan dan hubungan di antara faktor latar belakang, motivasi, sikap, kemahiran dan akademik dengan kecenderungan pelajar UTHM terhadap bidang keusahawanan. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun tiga dan tahun empat di enam buah fakulti yang terdapat di UTHM. Sejumlah 204 data telah diperolehi dan digunakan dalam analisis statistik menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian membuktikan bahawa tahap kecenderungan pelajar UTHM terhadap bidang keusahawanan adalah sederhana. Selain itu, kesemua faktor yang dikaji iaitu latar belakang, motivasi, sikap, kemahiran dan akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan. Kajian ini penting kerana dapat menyumbang dalam peningkatan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kecenderungan pelajar UTHM terhadap bidang keusahawanan dan memberi beberapa sumbangan dari segi praktikal untuk digunakan oleh IPT dan pembuat dasar dalam proses mereka untuk meningkatkan kecenderungan terhadap bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, beberapa limitasi yang memberi ruang dan arah kepada penyelidikan di masa hadapan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 11 Feb 2018 14:26
Last Modified: 11 Feb 2018 14:26
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/778

Actions (login required)

View Item View Item