CABARAN DALAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI: PROJEK LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERSEPADU SUNGAI SEGGET, JOHOR BAHRU

Zainurin, Saiful Ariffin (2018) CABARAN DALAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI: PROJEK LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERSEPADU SUNGAI SEGGET, JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
(AP140298) Saiful Ariffin Bin Zainurin.pdf

Download (661kB) | Preview

Abstract

Pemindahan teknologi adalah salah satu teknik yang digunakan bagi sesebuah negara yang membangun supaya dapat menikmati kebaikan teknologi terkini. Walaubagaimanapun, yang menjadi isu adalah terdapat beberapa cabaran dalam pemindahan teknologi. Justeru itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemindahan teknologi, mengenalpasti cabaran yang berlaku ketika proses pemindahan teknologi dan juga mengenalpasti langkah penambahbaikan untuk mengatasi cabaran dalam pemindahan teknologi. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual. Responden bagi kajian ini ialah pihak yang terlibat dalam projek Loji Rawatan Kumbahan Bersepadu di Sungai Segget, Johor Bahru. Antara responden yang terlibat adalah Jurutera Proses, Jurutera Sivil Dan Struktur dan Jurutera Mekanikal dan Elektrikal. Data yang diperolehi telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan perisian “Microsoft Word”. Seterusnya kandungan hasil temubual dianalisis berdasarkan objektif kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor utama perlunya pemindahan teknologi adalah kerana kekangan kawasan tanah di tapak projek. Seterusnya cabaran utama adalah cabaran kemahiran dan keupayaan dan juga cabaran dari segi pihak pengurusan. Justeru itu, penambahbaikan bagi mengatasi cabaran tersebut adalah dengan latihan yang dijalankan untuk pekerja yang terlibat. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak utama yang terlibat dalam industri pembinaan dalam usaha menggunakan pemindahan teknologi sebagai teknik untuk mengaplikasikan teknologi terkini dalam projek pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:42
Last Modified: 05 Mar 2018 12:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/780

Actions (login required)

View Item View Item