KESAN POLISI TUKAR KUOTA LOT PERUMAHAN BAGI BUMIPUTERA TERHADAP KADAR JUALAN DI MELAKA

DAROS, MUHAMMAD SYAHMI (2018) KESAN POLISI TUKAR KUOTA LOT PERUMAHAN BAGI BUMIPUTERA TERHADAP KADAR JUALAN DI MELAKA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD SYAHMI BIN DAROS AP140277.pdf

Download (480kB) | Preview

Abstract

Lot Bumiputera telah diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru. Lot bumiputera atau bahasa pasarnya dipanggil dengan nama Lot Bumi bertujuan untuk membantu pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera. Kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan polisi bagi membolehkan kuota lot bumiputera di sesebuah kawasan perumahan ditukarkan kepada kuota lain dengan kuantiti sama di kawasan perumahan berhampiran. Ia berikutan dengan dakwaan yang diusulkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka yang mengatakan para pemaju berdepan dengan kesukaran untuk menjual rumah kuota bumiputera yang mengakibatkan berlakunya lebihan di Melaka. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji punca-punca berlakunya lambakan unit lot perumahan bagi bumiputera, mengkaji kesan polisi tukar kuota lot perumahan bagi bumiputera terhadap kadar jualan dan mengetahui penambahbaikan yang boleh dilakukan pihak yang terlibat terhadap polisi tukar kuota lot perumahan bagi bumiputera. Bagi mencapai objektif tersebut, borang soal selidik dan temubual telah diedarkan. Hasil kajian yang diperolehi untuk objektif pertama ialah punca berlakunya lambakan unit perumahan adalah disebabkan harganya yang terlalu mahal. Untuk objektif kedua, kesan polisi ini ialah pembeli mempunyai lebih banyak pilihan setelah status unit ditukar dan polisi ini membantu pemaju mengurangkan kerugian. Manakala untuk objektif ketiga, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah bersetuju agar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjual sendiri unit rumah bumiputera yang tidak terjual. Melalui hasil kajian ini, isu yang dialami oleh pemaju perumahan dalam urusan jual beli lot perumahan bagi bumiputera dalam projek mereka dapat dikenalpasti dengan lebih jelas dan mendalam.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:13
Last Modified: 05 Mar 2018 10:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/783

Actions (login required)

View Item View Item