KAJIAN AMALAN KERJA TANAH TAMBAKAN LAUT UNTUK PROJEK PEMBINAAN

WAN JUSOH, WAN NUR AZNAZIHAN (2018) KAJIAN AMALAN KERJA TANAH TAMBAKAN LAUT UNTUK PROJEK PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
WAN NUR AZNAZIHAN BINTI WAN JUSOH AP140410.pdf

Download (362kB) | Preview

Abstract

Penambakan laut merupakan satu aktiviti yang melibatkan penimbusan sebahagian kawasan laut dengan bahan isi seperti batu, pasir dan tanah dengan tujuan untuk mendapatkan kawasan tanah darat yang baru. Tambakan laut berlaku disebabkan pemindahan masyarakat dari kampung ke bandar sehingga menyebabkan pembangunan di bandar terpaksa dilakukan. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengkaji proses kerja tanah tambakan laut untuk projek pembinaan yang menjadi amalan oleh pemaju, mengkaji permasalahan kerja tanah tambakan laut untuk projek pembinaan yang sering dihadapi oleh pemaju dan mengenalpasti strategi kerja tanah tambakan laut untuk projek pembinaan yang perlu dititikberatkan oleh pemaju. Kajian ini melaksanakan kaedah kualitatif iaitu secara temubual bersama tiga orang pemaju yang pernah membangunkan projek pembinaan di atas tambakan laut dan dapatan data dirumuskan dalam kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan yang diperolehi untuk objektif pertama ialah kebanyakan responden menggunakan proses kaedah pada peringkat pertama iaitu sebelum proses penambakan dijalankan, kawasan turapan akan ditutupi dengan empangan kekotak manakala beberapa benteng berskala besar yang diperbuat daripada batu atau beg pasir geotekstil pula akan dibina di sepanjang kawasan terbabit bagi mengasingkan perairan di lautan. Untuk objektif kedua, masalah yang sering dihadapi seperti masalah kerosakan batu karang, pencemaran air, tanah tidak kuat, dan kekurangan lokasi yang strategik. Manakala untuk objektif ketiga strategi yang perlu dititikberatkan oleh pemaju ialah memastikan penduduk dapat menerima projek tersebut, melindungi alam sekitar, habitat dan ekosistem semula jadi. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat mengenai proses tambakan laut, permasalahan yang sering dihadapi iaitu masalah pencemaran air dan strategi yang perlu dititikberatkan iaitu melindungi alam sekitar, habitat dan ekosistem semula jadi.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:53
Last Modified: 04 Mar 2018 13:53
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/784

Actions (login required)

View Item View Item