Kajian Tentang Kekangan Pelaksanaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Bina

Sidek, Nor Hafizah (2018) Kajian Tentang Kekangan Pelaksanaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Bina. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
psm 1-25 pages.pdf

Download (314kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan mencatatkan rekod yang tidak memuaskan dimana ia juga menyumbangkan kepada bilangan kemalangan maut yang paling tinggi antara industri yang lain. Masalah utama berlakunya kekangan dalam pelaksanaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina ialah disebabkan sikap pekerja iaitu pekerja yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, peruntukan belanjawan keselamatan dan kesihatan yang kecil, tahap kesedaran keselamatan di dalam kalangan pekerja rendah serta tidak mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kekangan dalam pelaksanaan pekerjaan di tapak bina. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekangan di dalam pelaksanaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina dan mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan pelaksanaan keselamatan pekerja di tapak pembinaan. Skop kajian ini memfokusksn kepada syarikat pembinaan di dalam Negeri Johor. Metodologi yang digunakan ialah kaedah soal selidik iaitu 30 orang responden yang terlibat secara langsung di tapak bina sekitar Johor. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian literatur, laman sesawang dan kaedah perpustakaan. Hasil kajian mendapati pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memahami polisi keselamatan dan kesihatan di tapak bina merupakan salah satu kekangan dalam pelaksanaan keselamatan dan kesihatan. Menitikberatkan aspek pendidikan keselamatan dan kesihatan serta menyediakan latihan dan program yang lebih berkesan merupakan salah satu cara-cara meningkatkan pelaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina selain daripada menekankan aspek pendidikan keselamatan dan kesihatan, dan menyediakan latihan yang lebih berkesan. Hasil kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pekerja atau pihak yang terlibat tentang pentingnya pelaksanaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 16:34
Last Modified: 06 Mar 2018 16:34
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/799

Actions (login required)

View Item View Item