FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PEMBAYARAN ELEKTRONIK

IBRAHIM, NUR SYAZIRA (2017) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PEMBAYARAN ELEKTRONIK. Bachelor Degree thesis, University Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
syazira ibrahim ethesis.pdf

Download (528kB) | Preview

Abstract

Pembayaran secara elektronik secara umumnya disebut sebagai satu bentuk pertukaran kewangan yang berlaku antara pembeli dan penjual yang dipermudahkan melalui komunikasi elektronik. Sistem pembayaran elektronik menjadikan pengguna lebih pantas, cekap dan berkesan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam penggunaan sistem pembayaran elektronik seperti penggunaan yang terhad, sistem keselamatan yang kurang, dan kurangnya kepercayaan terhadap sistem pembayaran. Kajian telah dijalankan adalah untuk mengetahui tahap penggunaan dan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor dan persepsi pengguna terhadap pembayaran elektronik. Persampelan yang telah digunakan ialah sampel bertujuan kerana mempunyai kriteria tertentu iaitu hanya responden yang menggunakan pembayaran elektronik sahaja yang perlu menjawab borang soal kaji selidik. Borang soal kaji selidik telah diberikan kepada 300 orang staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menggunakan sistem pembayaran elektronik. Kajian ini meggunakan kaedah kauntitatif dan telah diedarkan kepada staf UTHM. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan staf UTHM menggunakan sistem pembayaran elektronik. Faktor- faktor dari segi manfaat, kepercayaan, keberkesanan diri, mudah digunakan dan keselamatan didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan persepsi pengguna terhadap pembayaran.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:45
Last Modified: 07 Mar 2018 09:45
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/801

Actions (login required)

View Item View Item