Kajian Terhadap Pengurusan Penyelenggaraan dan Fasiliti Bangunan Di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM

MOHD KOSNI, MOHAMMAD HELMI (2018) Kajian Terhadap Pengurusan Penyelenggaraan dan Fasiliti Bangunan Di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
3. (BAB 1,2,3,4,5).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Fasiliti bangunan merupakan suatu kemudahan yang sangat penting bagi keperluan dan keselesaan pengguna. Fasiliti bangunan yang tidak diselenggara akan menyebabkan masalah kerosakan dan mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi. Pengurusan penyelenggaraan fasiliti memainkan peranan penting bagi tindakan perlaksanaan, iaitu bermula dari proses pengesanan kerosakan, pemantauan hingga kerja pembaikan dijalankan. Namun terdapat kekangan-kekangan yang menyebabkan tindakan penyelenggaraan ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Penyelidikan ini dijalankan bagi membantu penyelidik menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan isu penyelenggaraan. Kajian ini akan mengambilkira objektif utama iaitu mengkaji kaedah perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan dan fasiliti yang dijalankan di bangunan FPTP, mengkaji pandangan pihak pengurusan penyelenggaraan dan fasiliti bangunan FPTP bagi cadangan penambahbaikan dan mengenalpasti kepuasan pengguna terhadap pengurusan penyelenggaraan dan fasiliti di bangunan FPTP. Kajian ini telah dijalankan di bangunan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM, Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual ke atas pihak PPH, FPTP dan wakil kontraktor yang terlibat dalam penyelenggaraan fasiliti. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah kajian soalselidik terhadap 50 orang pengguna yang menggunakan kemudahan fasiliti di FPTP. Hasil kajian ini telah memberikan maklumat kepada penyelidik mengenai proses-proses yang terlibat dalam kaedah yang digunakan bagi pengurusan penyelenggaraan fasiliti di FPTP. Selain itu, pelbagai faktor kelemahan melibatkan kelewatan dan kesilapan kontraktor dalam pengurusan penyelenggaraan telah dikenalpasti bagi cadangan penambahbaikan. Seterusnya, hasil kajian ini memberikan maklumat kepada penyelidik dalam mengenalpasti purata kepuasan pengguna terhadap pengurusan penyelenggaraan fasiliti di FPTP.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:55
Last Modified: 05 Mar 2018 16:55
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/803

Actions (login required)

View Item View Item