KAJIAN KAWALAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI TAPAK BINA

CHE MAT B MAT NOH, CHE MOHAMAD MARZUKI (2018) KAJIAN KAWALAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI TAPAK BINA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 MUKA SURAT (MARZUKI)-KAJIAN KAWALAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI TAPAK BINA(1).pdf

Download (615kB) | Preview

Abstract

Penyakit demam denggi disebabkan bawaan nyamuk aedes merupakan antara penyakit berjangkit yang terus mendatangkan ancaman kepada kesihatan pekerja di tapak bina. Kejadian kes penyakit deman denggi sejak kebelakangan ini dilaporkan semakin bertambah di tapak bina terutama di negeri Johor yang pesat dengan pembangunan. Walau pelbagai usaha pencegahan dan pengawalan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan pihak kontraktor untuk menghapuskan nyamuk aedes dari terus membiak tapi isu berkaitan nyamuk aedes di tapak bina tetap berlaku. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui punca pembiakan nyamuk di kawasan tapak bina dan mengkaji kaedah-kaedah yang di gunakan oleh kontraktor untuk menghapuskan pembiakan nyamuk di tapak bina. Kajian ini menggunakan kaedah temubual bersama 4 responden di sekitar tapak bina di Johor Bahru. Hasil kajian mendapati punca-punca pembiakan nyamuk di tapak bina adalah disebabkan oleh keadaan tapak yang tidak bersih, faktor suhu dan cuaca, dan kelalaian pihak kontraktor dan pekerja. Manakala kaedah yang dilakukan oleh kontraktor untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes di tapak bina ialah dengan memberi kesedaran kepada pekerja, menghapuskan tempat pembiakan dengan meletakan racun serangga, dan melalui penguatkuasaan undang-undang. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pihak kontraktor dalam mengawal dan akhirnya menghapuskan pembiakan nyamuk aedes di kawasan tapak bina.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:52
Last Modified: 05 Mar 2018 12:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/806

Actions (login required)

View Item View Item