PERSEPSI PENIAGA MAKANAN DI BATU PAHAT TERHADAP LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN POLISTERIN

WAN HAMID, WAN NUR SA'IIDAH (2018) PERSEPSI PENIAGA MAKANAN DI BATU PAHAT TERHADAP LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN POLISTERIN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 pages)
e-thesis.pdf

Download (323kB) | Preview

Abstract

Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, terdapat pelbagai implikasi yang timbul daripada penggunaan kedua-dua pembungkus tersebut. Antara implikasinya ialah pertambahan sisa buangan pepejal, membahayakan kesihatan, mencemarkan alam sekitar dan sebagainya. Negeri Johor juga tidak terkecuali dalam melaksanakan undang-undang bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin sebagai pembungkus makanan berkuatkuasa serta-merta pada Januari 2018. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persepsi para peniaga makanan terhadap larangan penggunaan beg plastik dan polisterin yang akan dilaksanakan pada tahun 2018 dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi peniaga makanan di Batu Pahat untuk menggunakan pembungkus makanan yang lebih mesra alam. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Kajian mendapati bahawa peniaga makanan bersetuju dan bersedia menggunakan pembungkus atau bekas mesra alam kerana mereka tidak sanggup untuk berhadapan dengan risiko tindakan undang-undang dari pihak berkuasa sekiranya mereka tidak mematuhi arahan tersebut. Seterusnya, melalui kajian ini juga dapat disimpulkan bahawa faktor penguatkuasaan memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi peniaga makanan di Batu Pahat menggunakan bekas mesra alam.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 18:00
Last Modified: 13 Feb 2018 18:00
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/809

Actions (login required)

View Item View Item