KESAN CIRI PELATIH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN LATIHAN

HAMBALI, HANISAH (2018) KESAN CIRI PELATIH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN LATIHAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Hanisah Binti Hambali (AP140266) (25 page).pdf

Download (794kB) | Preview

Abstract

Sesebuah organisasi yang ingin mengekalkan kelebihan bersaing perlu mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran melalui latihan. Walau bagaimanapun, kebanyakan program latihan dan pembangunan yang dikendalikan oleh organisasi tidak mencapai matlamatnya dan menyebabkan pembaziran. Kajian lepas mendapati lima puluh peratus sahaja pembelajaran semasa latihan dapat dilaksanakan di tempat kerja dan hanya sedikit usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan lagi keberkesanan latihan. Efikasi kendiri dan reaksi pelatih di lihat sebagai faktor penting bagi meningkatkan keberkesanan latihan. Namun begitu, kajian berkenaan ciri pelatih dan keberkesanan latihan masih kurang di jalankan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap efikasi kendiri, mengkaji tahap reaksi pelatih terhadap latihan pembangunan akademik, mengkaji tahap keberkesanan latihan dan hubungan di antara efikasi kendiri terhadap reaksi dan pembelajaran latihan. Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif di mana data akan dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Data di analisa menggunakan perisian IBM SPSS. Analisa berbentuk deskriptif dan korelasi digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Sumbangan kajian ini penting bagi membantu organisasi menggubal strategi latihan yang lebih berkesan. Data dianalisis dibincangkan secara teliti bagi menentukan keputusan yang seterusnya. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap efikasi kendiri, tahap reaksi, tahap pembelajaran dan hubungan di antara efikasi kendiri terhadap reaksi dan pembelajaran latihan menunjukkan hubungan yang positif.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 12:02
Last Modified: 13 Feb 2018 12:02
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/813

Actions (login required)

View Item View Item