KAJIAN PENGGUNAAN SEMULA DAN KITAR SEMULA BAHAN BINAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

MAT YUSOFF, MOHD HAIRY (2018) KAJIAN PENGGUNAAN SEMULA DAN KITAR SEMULA BAHAN BINAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img] Text
PSM 25 PAGES.docx

Download (41kB)

Abstract

Perkembangan pembangunan di Malaysia telah menggalakkan peningkatan penjanaan sisa bahan binaan. Isu lebihan bahan binaan dan pengurusannya yang lemah menyebabkan berlakunya pembaziran bahan yang sebenarnya boleh digunakan semula dan dikitar semula. Kenaikan kos bahan merupakan permasalahan dalam kajian ini. Masalah kekurangan sumber asli yang mana tidak boleh dijana semula juga merupakan permasalahan dalam kajian ini. Untuk mengatasi masalah ini tindakan segera perlu diambil seperti dengan menggunakan semula dan mengitar semula sisa bahan binaan. Berdasarkan isu-isu ini kajian dijalankan untuk mengenalpasti berapakah anggaran peratus bahan binaan seperti konkrit, bata, kaca dan kayu yang diguna semula dan dikitar semula dalam projek pembinaan. Seterusnya, mengenalpasti halangan utama dalam penggunaan semula dan kitar semula dalam industri pembinaan. Kajian ini memfokuskan hanya kepada kontraktor gred G7 di Daerah Johor Bahru, Johor. Seramai 34 orang responden telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Kajian dijalankan menggunakan kaedah borang soal selidik. Peratus bahan binaan yang digunakan semula dan dikitar semula dalam projek pembinaan adalah kebanyakkannya menggunakan dengan anggaran 1% hingga 20% sahaja. Terdapat hanya segelintir daripada kontraktor yang menggunakan semula dan mengitar semula bahan binaan dalam anggaran melebihi daripada 40%. Namun begitu terdapat juga kontraktor yang langsung tidak menggunakan bahan guna semula dan bahan kitar semula dalam projek pembinaan. Halangan dari segi sikap merupakan halangan utama dalam penggunaan semula dan kitar semula sisa bahan binaan dalam projek pembinaan. Hal ini kerana sikap sama ada pekerja atau pihak pengurusan yang tidak mencintai kelestarian dalam sebarang aktiviti pembinaan atau pembangunan. Kesedaran terhadap amalan kitar semula dan guna semula masih menjadi persoalan walaupun program kesedaran telah banyak dijalankan di peringkat global dan tempatan. Hasil kajian ini dapat memberi kesedaran kepada stakeholder atau pihak berkepentingan dalam industri pembinaan supaya dapat ditingkatkan penggunaan semula dan kitar semula bahan binaan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:38
Last Modified: 05 Mar 2018 16:38
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/815

Actions (login required)

View Item View Item