KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA

ROSLAN B ABD GHANI, AZMAN B ROSLAN (2018) KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E-THESIS AZMAN BIN ROSLAN AP140420.pdf

Download (310kB) | Preview

Abstract

Pembangunan di Malaysia semakin meningkat terutama jalan raya menyebabkan industri pembinaan mempunyai masalah kekurangan bahan sumber asli, agregat untuk pembinaan jalan. Tambahan penggunaan dan proses menghasilkan bahan semulajadi seperti agregat batu kapur memberi kesan negatif pada alam sekitar. Oleh itu, sumber bahan lain sebagai alternatif yang dapat pengganti bahan sumber asli agregat dalam industri pembinaan jalan perlu dikaji dan diutamakan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti peratusan projek jalan yang dijalankan oleh kontraktor yang menggunakan bahan kitar semula dalam pembinaan jalan. Tambahan, kajian ini juga untuk mengenalpasti jenis-jenis bahan kitar semula dan peratusannya dalam pembinaan jalan serta mengenalpasti faktor-faktor penghalang dalam membina jalanraya menggunakan bahan kitar semula. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu dengan mengumpul data menggunakan borang kaji selidik, dengan responden terdiri daripada kontraktor gred G5 sehingga G7 (kategori CIDB) yang membuat pembinaan jalan seramai 41 responden. Bagi menganalisis data menggunakan kaedah secara Statistical Package For The Social Science (SPSS). Data-data yang dikumpulkan dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan graf. Hasil dapatan objektif utama menunjukkan adalah mengenalpasti peratusan projek jalan raya yang dijalankan oleh kontraktor yang menggunakan bahan kitar semula adalah di peringkat tidak memuaskan kerana projek pembinaan jalan yang menggunakan bahan kitar semula tertumpu di kawasan jalan luar bandar sahaja. Manakala jenis-jenis bahan kitar semula serta peratusan yang digunakan dalam membina jalan raya masih di tahap rendah. Halangan terbesar penggunaan bahan kitar semula dalam pembinaan jalan raya yang mencatatkan peratusan tertinggi adalah faktor kewangan. Pihak kontraktor perlu menanggung kos dari penyimpanan bahan kitar semula dan kos teknologi serta jentera yang tinggi ditanggung oleh syarikat atau kontraktor itu sendiri. Kesimpulannya pembangunan lestari khusus pembinaan jalan berada di tahap rendah yang bergantung penggunaan bahan sumber asli berbanding bahan alternatif.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:35
Last Modified: 05 Mar 2018 16:35
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/818

Actions (login required)

View Item View Item