PENILAIAN TAHAP KUALITI HIDUP DAN KESELAMATAN PENGHUNI PERUMAHAN WARGA FELCRA KAJIAN KES : FELCRA SUNGAI TEMAU 27200 KUALA LIPIS PAHANG

ZAIDI, HAIQAL (2017) PENILAIAN TAHAP KUALITI HIDUP DAN KESELAMATAN PENGHUNI PERUMAHAN WARGA FELCRA KAJIAN KES : FELCRA SUNGAI TEMAU 27200 KUALA LIPIS PAHANG. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
final pdf etesis.pdf - Published Version

Download (653kB) | Preview

Abstract

Rumah dan persekitaran adalah merupakan keperluan asas yang boleh mempengaruhi kualiti hidup. Kualiti hidup pada mulanya diukur berdasarkan kesejahteraan ekonomi dan diikuti dengan pertunjuk lain iaitu kesihatan, perumahan dan keselamatan. Kajian yang berhubung isu pencapaian kualiti hidup ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian kualiti hidup dan keselamatan penghuni perumahan warga FELCRA di Sungai Temau, Pahang.Terletak di lokasi pentadbiran Majlis Daerah Kuala Lipis (MDKL). Kajian ini memberi penumpuan utama terhadap pencapaian kualiti hidup dan keselamatan perumahan warga FELCRA di kawasan kajian. Data-data yang berkaitan kajian diperoleh dengan menggunakan pendekatan kuantitatif di mana satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden yang tinggal di kawasan kajian. Dapatan kajian akan diukur dengan menggunakan elemen kualiti hidup yang diolah berdasarkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mengenal pasti tahap pencapaian kualiti hidup masyarakat di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati kualiti hidup penduduk di kawasan perumahan warga FELCRA Sungai Temau keseluruhannya berada pada tahap memuaskan. Manakala tahap keselamatan yang dilihat di kawasan perumahan FELCRA adalah melibatkan aspek individu dan harta benda. Bagi tahap keselamatan individu secara keseluruhannya berada pada tahap selamat manakala aspek harta benda pula berada pada tahap tidak selamat. Kajian ini dijangka akan memberikan kepentingan kepada pihak FELCRA BHD dalam menambah baik mutu projek perumahan yang dilaksanakan seiring mempertingkat kualiti hidup serta keselamatan penduduk di kawasan kajian.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 20 Feb 2018 23:46
Last Modified: 20 Feb 2018 23:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/824

Actions (login required)

View Item View Item