KAJIAN TERHADAP PEMBANGUNAN DAN TINJAUAN TAHAP KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PR1MA) PUTRAJAYA

Jailani, noor shah dilla (2017) KAJIAN TERHADAP PEMBANGUNAN DAN TINJAUAN TAHAP KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PR1MA) PUTRAJAYA. Bachelor Degree thesis, UNIVERISITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NOORSHAHDILLABINTIJAILANI(24ms).pdf - Published Version

Download (3MB) | Preview

Abstract

Dewasa ini, dasar dan program perumahan yang giat diperkenalkan di Malaysia, bertujuan untuk membantu rakyat dalam menghadapi isu-isu dalam kemampuan pemilikan rumah. Walaubagaimanapun, kebanyakan program perumahan ini dilihat, hanyalah mengukur kecekapan dan keberkesananya melalui pendapatan isi rumah serta harga harta kediaman semata, tanpa mengambil kira sudut pertimbangan sebenar yang menjadi keutamaan pilihan pengguna seiring dengan kesesuian budaya setempat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai kualiti pembangunan Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang menjadi pertimbangan utama sekaligus mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap program perumahan di Malaysia, iaitu “Program Perumahan Rakyat 1Malaysia‟ (PR1MA). Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan di PR1MA Presint 11, Putrajaya yang merupakan kawasan pembangunan fasa pertama skim rumah PR1MA. Lantaran itu, pengumpulan data adalah menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual pakar dan kaedah kuantitatif yang telah diadaptasi melalui kajian soal selidik yang diedarkan kepada 85 orang responden yang diwakili oleh penduduk PR1MA Presint 11, Putrajaya. Hasil kajian bagi objektif pertama ini telah dianalisis menggunakan kaedah tematik melalui temubual pakar yang telah memberi gambaran keseluruhan tentang kualiti pembangunan PR1MA di Putrajaya melalui indikator kualiti perumahan oleh pihak Perbadanan PR1MA kepada empat ciri utama iaitu struktur komponen, ciri-ciri unit kediaman, perkhidmatan pengurusan dan kemudahan kejiranan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengukur tahap kepuasan penghuni terhadap kualiti perumahan PR1MA yang menggunakan analisis deskriptif dengan memberi tumpuan kepada tiga terma kualiti yang merangkumi kualiti alam sekitar dan kejiranan, kualiti fizikal bangunan dan kualiti taraf kehidupan. Akhir kata, kajian ini telah berjaya menjawab objektif kajian, sama ada pengurangan sebanyak 20% harga perumahan PR1MA dari nilai pasaran sebenar, memberi impak pada aspek kualiti sekarang dan tahap kepuasan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: PR1MA, pembangunan, tahap kepuasan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:17
Last Modified: 04 Mar 2018 14:17
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/825

Actions (login required)

View Item View Item