KAJIAN PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN PEKERJA PEMBINAAN TERHADAP PRODUKTIVITI KERJA DALAM PEMBINAAN

ISMAIL BIN HAMAT, MOHD FARHAN BIN ISMAIL (2018) KAJIAN PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN PEKERJA PEMBINAAN TERHADAP PRODUKTIVITI KERJA DALAM PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 page psm.pdf

Download (575kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun dalam pelbagai sektor. Di antara sektor tersebut adalah dalam bidang pembinaan. Pembangunan ini telah memberi pengaruh kepada elemen-elemen yang diperlukan dalam sektor pembinaan, salah satunya adalah buruh. Buruh merupakan satu elemen yang penting dalam mempengaruhi kesinambungan dan kelancaran pelaksanaan bagi sesebuah projek pembinaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti adakah tahap pendidikan mempengaruhi produktiviti kerja dalam pembinaan dan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan pekerja dalam sektor pembinaan. Isu produktiviti kerja yang kurang memuaskan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan adalah disebabkan oleh tahap pendidikan pekerja yang rendah serta tidak dapat menyumbang kepada produktiviti yang baik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu temubual terhadap kontraktor. Pemilihan responden adalah melibatkan kontraktor kelas G7 di sekitar Johor Bharu iaitu seramai 3 orang responden. Kajian ini mendapati bahawa tahap pendidikan mempengaruhi produktiviti kerja dalam pembinaan. Pendidikan yang tidak cukup akan menyumbangkan kepada produktiviti yang kurang berkualiti dan tidak baik. Justeru itu, langkah-langkah untuk meningkat tahap pendidikan adalah dengan menghantar pekerja yang telah dipilih untuk melibatkan diri dalam kursus yang dianjurkan oleh pihak CIDB. Pelbagai kursus yang telah disediakan oleh CIDB dalam memberi pendidikan serta kemahiran asas kepada pekerja-pekerja pembinaan. Pemantauan daripada pihak atasan dan ketua setiap peringkat kumpulan pekerja sebagai langkah-langkah yang telah diambil. Oleh itu kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kontraktor dan pihak yang terlibatkan dalam menerapkan pendidikan kepada pekerja pembinaan serta menyelesaikan masalah pendidikan dalam pembinaan agar produktiviti bertambah baik dan berkualiti dalam industri pembinaan pada masa kelak.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:39
Last Modified: 05 Mar 2018 16:39
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/831

Actions (login required)

View Item View Item