FAKTOR-FAKTOR PENENTU DALAM PEMILIHAN KONTRAKTOR G7 BAGI TENDER TERBUKA DI JOHOR: PERSPEKTIF JURUUKUR BAHAN

MOHD YAZID, MUHAMMAD YASIR KHUWAILID (2018) FAKTOR-FAKTOR PENENTU DALAM PEMILIHAN KONTRAKTOR G7 BAGI TENDER TERBUKA DI JOHOR: PERSPEKTIF JURUUKUR BAHAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 PAGES PSM-MUHAMMAD YASIR KHUWAILID BIN MOHD YAZID (AP140159).pdf

Download (382kB) | Preview

Abstract

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Juruukur Bahan memainkan peranan penting dalam pemilihan kontrkator bagi tender terbuka. Namun masih terdapat banyak projek yang bermasalah di Malaysia sehinggakan terdapat projek terpaksa menelan kos sebanyak RM1 juta setelah ditangguhakan tiga kali dari tarikh siap berpunca daripada kegagalan kontraktor untuk menyiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Skop Kajian ini membincangkan pemilihan kontraktor G7 tertumpu di Johor. Kajian ini juga meliputi kaedah temu bual dan soal selidik terhadap Juruukur Bahan. Data dan maklumat yang diperolehi dari temu bual dan soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah IBM Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) dan menggunakan Julat Skor Min manakala bagi kaedah temubual, data yang diperolehi ditranskrip terlebih dahulu sebelum dianalisis. Ini membolehkan penyelidik mendapatkan hasil untuk membandingkan data sekunder dan juga untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian ini dapat membantu pihak – pihak juruukur bahan mengenal pasti faktor-faktor utama penentu dalam pemilihan kontraktor G7 bagi tender terbuka dan dapat menambah baik sistem pemilihan kontraktor G7 bagi tender terbuka.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:38
Last Modified: 05 Mar 2018 16:38
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/832

Actions (login required)

View Item View Item