PUNCA-PUNCA PERCANGGAHAN REKA BENTUK DALAM PEMBINAAN BERSKALA BESAR

YEM, MUHAMMAD SYAHIR (2018) PUNCA-PUNCA PERCANGGAHAN REKA BENTUK DALAM PEMBINAAN BERSKALA BESAR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD SYAHIR BIN YEM AP140125 25 pages.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Percanggahan reka bentuk dalam projek pembinaan merupakan fenomena kerap yang berlaku di dalam projek pembinaan terutamanya bagi pembinaan berskala besar. Kepakaran pihak perunding yang rendah dan kemahiran komunikasi yang lemah menjadi punca utama bagi percanggahan reka bentuk. Terdapat beberapa punca yang meyumbang kepada percanggahan reka bentuk. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam fasa reka bentuk. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji punca berlakunya percanggahan reka bentuk ini serta mengenalpasti beberapa strategi yang boleh diambil untuk mengurangkan percanggahan reka bentuk dari berlaku. Kajian menunjukkan tiga elemen utama yang terkesan disebabkan oleh percanggahan reka bentuk iaitu kualiti sesebuah bangunan, lebihan kos yang terpaksa ditanggung, dan lebihan masa yang menyebabkan projek mengalami kelewatan. Kajian ini dijalankan melalui keadah kuantitatif iaitu borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 70 orang respondan yang terdiri daripada klien, arkitek, jurutera, dan kontraktor dijalankan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan golongan-golongan profesional yang memainkan peranan penting dalam fasa reka bentuk bagi sebuah projek. Di akhir kajian ini, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam meminimumkan percanggahan yang berlaku dalam fasa reka bentuk tersebut kerana dipercayai mampu memberi kesan yang signifikan dalam prestasi projek melibatkan kos projek, masa yang mencukupi, dan kualiti bangunan yang dijalankan seperti yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam kontrak.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 17:12
Last Modified: 05 Mar 2018 17:12
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/841

Actions (login required)

View Item View Item