AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA: KAJIAN TERHADAP KONTRAKTOR YANG BEKERJA DI PENCAWANG ELEKTRIK

IBRAHIM, SAIFUL IDZAM (2018) AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA: KAJIAN TERHADAP KONTRAKTOR YANG BEKERJA DI PENCAWANG ELEKTRIK. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 Page - SAIFUL IDZAM BIN IBRAHIM (AP140465).pdf

Download (395kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Perkembangan industri binaan kini semakin kompleks untuk dikawal termasuk risiko kemalangan yang dihadapi pekerja. Kes kematian buruh binaan yang disiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga didapati meningkat setiap tahun. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah pematuhan pihak kontraktor terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerja semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan pencawang elektrik dan mengkaji apakah faktor-faktor penghalang terhadap pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja oleh kontraktor bekalan elektrik. Kajian ini memberi tumpuan kepada kontraktor bekalan elektrik yang terlibat di dalam kerjakerja penyelenggaraan terhadap stesen pencawang elektrik di kawasan Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pihak kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan di pencawang elektrik. Hasil kajian menunjukkan pihak kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah melaksanakan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan di tapak bina dengan jayanya. Hal ini dapat dilihat daripada analisis yang telah dijalankan bahawa keenam-enam aspek keselamatan dan kesihatan yang dipraktikkan oleh kontraktor tersebut berada pada tahap yang memuaskan. Hasil kajian juga menunjukkan faktor berlakunya kelewatan dalam menyiapkan projek pembinaan merupakan faktor yang paling mempengaruhi terhadap kekangan pelaksanaan amalan-amalan keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Justeru, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menampahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerja bagi kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:42
Last Modified: 05 Mar 2018 10:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/842

Actions (login required)

View Item View Item