KAJIAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN BANGUNAN HOSPITAL KERAJAAN

Wan, N.I.N.W.R (2018) KAJIAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN BANGUNAN HOSPITAL KERAJAAN. Bachelor Degree thesis, University Tun Hussein Onn Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Hospital berfungsi sebagai sebuah institusi kesihatan yang sentiasa beroperasi tanpa henti termasuklah sistem penghawa dingin yang sentiasa beroperasi sepanjang hari. Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengenalpasti punca dan kesan kelemahan pengurusan penyelenggaraan sistem penghawa dingin yang terdapat pada bangunan hospital. Selain itu, langkah-langkah yang sesuai bagi penambahbaikan menguruskan sistem penghawa dingin dengan lebih baik juga akan dikaji dalam kajian ini. Kaedah kualitatif digunakan dengan melakukan sesi temubual bersama responden di hospital yang telah dipilih. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada individu yang terlibat secara khusus dalam bidang penyelenggaraan penghawa dingin. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama adalah daripada kontraktor dan kewangan yang diperuntukkan. Manakala ia memberi kesan kepada alat dan sistem penghawa dingin, warga kerja, pesakit dan pelawat dan juga kewangan yang diperuntukkan kepada penyelenggaraan penghawa dingin. Langkah yang paling sesuai adalah dengan menjaga hubungan baik bersama kontraktor serta pengurusan kewangan yang lebih teratur. Selain itu, alternatif lain dengan menyalurkan dana untuk mengatasi masalah kewangan. Tambahan lagi, kelemahan pengurusan penyelenggaraan sistem penghawa dingin akan memberi kesan negatif kepada sekeliling. Kesimpulannya, langkah penyelesaian kepada masalah ini harus diberikan penekanan yang konsisten agar bagi menjamin prestasi yang bagus dalam menyelenggara sistem penghawa dingin bangunan hospital.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 16:46
Last Modified: 06 Mar 2018 16:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/846

Actions (login required)

View Item View Item