KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT YANG DIPERBUAT DARIPADA POLYETHYLENE TEREPHTHALATE (PET)

NORIZAN, FATIN SYAZWANI (2017) KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT YANG DIPERBUAT DARIPADA POLYETHYLENE TEREPHTHALATE (PET). Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
ETHESIS.pdf

Download (343kB) | Preview

Abstract

Peningkatan sisa pepejal yang mengambil masa yang lama unutk dilupuskan mengakibatkan terjadinya peningkatan permasalahan pelupusan sisa pepejal di Malaysia yang mengakibatkan pencemaran udara, air dan tanah. Aktiviti pengorekan pasir untuk kegunaan dalam industri pembinaan juga menyebabkan tanah di Malaysia semakin berkurang dalam memenuhi permintaan semasa pelanggan untuk membina sesebuah bangunan. Sebagai alternatifnya, fiber botol plastik yang dikitar semula digunakan dalam pembuatan konkrit untuk mengurangkan kadar pencemaran daripada sisa pepejal sekaligus mengamalkan persekitaran yang mesra kepada teknologi hijau. Dalam kajian ini, fiber botol plastik digunakan dalam campuran konkrit untuk menggantikan pasir yang digunakan secara meluas dalam sektor pembinaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kekuatan mampatan kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik dan perbandingan kekuatan mampatan kiub konkrit konvensional dan kiub konkrit yang mengandungi campuran fiber botol plastik. Kajian ini dijalankan secara eksperimen terhadap fiber botol plastik yang diambil daripada Syarikat Alba Polyester, Johor Bharu. Keputusan kajian ini menunjukkan spesimen yang mengandungi 10% fiber botol plastik standing dengan konkrit konvensional. Limitasinya adalah di mana peratus penggunaan fiber botol plastik dalam kiub konkrit adalah sedikit yang mungkin menyebabkan keputusan kekuatan mampatan tidak terlalu tepat. Hasil kajian yang dilakukan ini dapat membantu sektor pembinaan dalam menggiatkan penggunaan teknologi hijau sekaligus mengurangkan pencemaran yang sedia ada.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:30
Last Modified: 05 Mar 2018 11:30
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/847

Actions (login required)

View Item View Item