KAJIAN PERMASALAHAN KONTRAKTOR DALAM PENGURUSAN TAPAK BINA DI KAWASAN TEPU BINA, GEORGETOWN, PULAU PINANG

POONJOLAI, KUMERATHEVAN (2018) KAJIAN PERMASALAHAN KONTRAKTOR DALAM PENGURUSAN TAPAK BINA DI KAWASAN TEPU BINA, GEORGETOWN, PULAU PINANG. Other thesis, universiti tun hussein onn malaysia.

[img]
Preview
Text
kandungan psm.output.pdf

Download (408kB) | Preview

Abstract

Urbanisasi memberi tekanan kepada kawasan bandar menyebabkan pembinaan bangunan secara tidak terancang. Pembinaan bangunan di kawasan bandar juga mengakibatkan pertumbuhan ekonomi dengan pesat. Kebayakan kontraktor tidak menjaga persekitaran dan tidak mengeluarkan wang tambahan untuk menguruskan tapak pembinaan dengan baik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam pengurusan tapak pembinaan dikawasan tepu bina di Georgetown dan mengkaji strategi-strategi yang membantu mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam pengurusan tapak pembinaan di kawasan tepu bina di Georgetown. Metodologi yang digunakan ialah kaedah temubual bersama 5 orang kontraktor dikawasan Georgetown dan menggunakan analisis kaedah kandungan. Hasil kajian bagi objektif 1 menyatakan Pembinaan di kawasan tepu bina menyebabkan masalah kepada kontraktor dalam pengurusan masalah pengurusan kewangan, tenaga buruh, perbelanjaan pembinaan, pengurusan sisa-sisa buangan, pengurusan pencemaran, masalah pembelian insurans, masalah poengurusan teknologi, dan pengurusan kesesakan lalu lintas.Seterusnya, bagi objektif 2 kontraktor sering mengambil pelbagai strategi untuk mengurangkan masalah dalam pembinaan di kawasan tepu bina seperti pengurusan kewangan, tenaga buruh, perbelanjaan pembinaan, pengurusan sisa-sisa buangan, pengurusan pencemaran, masalah pembelian insurans, masalah pengurusan teknologi, dan pengurusan kesesakan lalu lintas Kajian ini menyatakan kaedah analisis dapat membantu dan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti kontraktor, pemaju,pembekal bahan binaan, penduduk tempatan dan pihak berkuasa tempatan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor setelah melakukan pembinaan di kawasan tepu bina disamping memberi maklumat tentang cara-cara yang diambil oleh kontraktor untuk mengelakan cabaran-cabaran tersebut.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:50
Last Modified: 04 Mar 2018 13:50
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/850

Actions (login required)

View Item View Item