FAKTOR HALANGAN DAN KEJAYAAN KOLABORASI DALAM PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI R&D

Usaili, Zalikha (2018) FAKTOR HALANGAN DAN KEJAYAAN KOLABORASI DALAM PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI R&D. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
25 first page e tesis.docx

Download (173kB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan kolaborasi dalam pengkomersilan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ; i) mendapatkan faktor halangan dan kejayaan kolaborasi; dan ii) mengenalpasti variasi kolaborasi universiti dengan pelbagai pihak yang berkaitan, untuk mendapatkan perbezaan antara satu sama lain. Kajian ini akan menggunakan teori yang dikenali dengan Teori Berasaskan Sumber. Teori ini diadaptasikan untuk menjelaskan antara kolaborasi dan juga pengkomersilan teknologi R&D dan juga mengkaji persamaan faktor-faktor yang wujud berdasarkan kajian yang lepas. Sesi temubual, e mel dan pemerhatian dan analisis dokumen akan dilakukan terhadap lima responden, iaitu dikalangan penyelidik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan juga pemerhatian dan analisis dokumen. Setiap dialog temubual akan direkod dan akan dianalisa secara manual. Berdasarkan teknik ini, pengumpulan data akan diperoleh dengan lebih jelas dan dan mudah untuk difahami. Kajian ini mendapati bahawa kolaborasi dalam pengkomersilan teknologi R&D adalah satu prioriti bagi memastikan pencapaian hasil penyelidikan perlu dikomersilkan dengan lebih meluas lagi. Keputusan kajian ini juga telah menyenaraikan beberapa penemuan faktor yang baru bagi dapatan kajian. Antara faktor halangan yang telah dikenalpasti adalah birokrasi, penjanaan idea yang kurang kualiti, peruntukan dana, kekurangan modal insan berkemahiran. Manakala bagi faktor kejayaan pula adalah harta intelek, perkongsian pintar pemindahan teknologi dan permintaan luar. Kata Kunci : Kolaborasi, Komersilisasi, Teori Berasaskan Sumber (pandangan relasi), Teknologi R&D

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kolaborasi, Komersialisasi, Teori Berasaskan Sumber (pandangan relasi), Teknologi R&D
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T201 Patents. Trademarks
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 12 Jun 2018 03:21
Last Modified: 12 Jun 2018 03:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/870

Actions (login required)

View Item View Item