KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN MAKANAN DI MALAYSIA

Azizan, Nurul Shafiqah (2018) KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN MAKANAN DI MALAYSIA. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (tesis PSM 25 muka surat)
EPSM UTHM.pdf - Published Version

Download (165kB) | Preview

Abstract

Industri pembuatan makanan adalah industri yang berpotensi besar dalam menyumbang di dalam ekonomi negara. Ianya penting bagi mengenal pasti tahap kecekapan teknik bagi mengenalpasti faktor-faktor penentu bagi kecekapan teknik. Oleh itu, Kajian ini adalah kajian yang mengkaji tahap kecekapan teknik di dalam industri pembuatan makanan di malaysia pada tahun 2015. Kajian kecekapan teknik industri pembuatan makanan adalah kekurangan bahan rujukan mahupun kajian lepas yang mengkaji tahap kecekapan untuk industri pembuatan makanan di Malaysia khusunya.Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecekapan teknik dalam industri pembuatan makanan secara keseluruhan di Malaysia. Objektif yang keduanya adalah untuk menganalisis faktor-faktor penentu ketidakcekapan teknik di dalam industri pembuatan makanan di Malaysia. Analisis kajian telah melibatkan sebanyak 8 subindustri di dalam industri pembuatan makanan dan melibatkan sebanyak 15690 firma bagi industri pembuatan makanan di Malaysia yang di peroleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dengan menggunakan kaedah Analisis Perbatasan Stokastik (SFA). 6 faktor penentu yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor-faktor penentu kecekapan teknik seperti faktor penentu kadar nisbah modal-buruh, nisbah pekerja yang mempunyai taraf pendidikan rendah dan tinggi, kadar upah pekerja. serta perbelanjaan untuk latihan pekerja, dan perbelanjaan bagi komunikasi dan teknologi maklumat mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecekapan teknik industri pembuatan makanan di Malaysia. Hasil dapatan kajian telah mendapati tahap kecekapan teknik didalam industri pembuatan makanan secara keseluruhannya adalah sederhana. Maka Industri ini perlu untuk mengekalkan tahap ini dan membuat peningkatan bagi merancakkan lagi ekonomi negara.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kecekapan Teknik; Analisis Perbatasan Stokastik (SFA; Industri Pembuatan Makanan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 13 Jun 2018 01:52
Last Modified: 13 Jun 2018 01:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/871

Actions (login required)

View Item View Item