KAJIAN KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN GETAH DI MALAYSIA MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS PERBATASAN STOKASTIK (SFA)

AB GHANI, NORLIZA (2018) KAJIAN KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN GETAH DI MALAYSIA MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS PERBATASAN STOKASTIK (SFA). Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (TESIS PSM 25 MUKA SURAT)
isi kandungan FOR ETHESIS.pdf - Published Version

Download (352kB) | Preview

Abstract

Kajian lepas mengenai kecekapan teknik (TE) industri pembuatan getah di Malaysia masih kurang mendapat perhatian berbanding industri lain dan kajian sedia ada membincangkan industri tersebut secara umum. Malah, kebanyakan kajian lepas ini menggunakan data di peringkat industri dan tidak mengambil kira faktor-faktor penentu ketidakcekapan teknik menentukan tahap TE. Berdasarkan jurang kelompongan ini, maka objektif kajian bertujuan mengukur tahap TE serta mengetahui faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakcekapan teknik industri pembuatan getah di Malaysia. Analisis dilakukan terhdap 145 buah firma yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) menggunakan kaedah Analisis Perbatasan Stokastik (SFA). Keputusan menunjukkan tahap TE industri keseluruhannya berada pada tahap yang cekap manakala faktor penentu seperti nisbah modal-buruh, kadar upah pekerja dan saiz firma mempunyai kesan negatif dan signifikan terhadap ketidakcekapan teknik industri pada tahun 2015. Maka industri ini perlu untuk mengekalkan tahap ini dan membuat peningkatan bagi merancakkan lagi ekonomi pembuatan getah negara.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kecekapan Teknik, Analisis Perbatasan Stokastik (SFA), Industri Pembuatan Getah, Firma
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 13 Jun 2018 01:49
Last Modified: 13 Jun 2018 01:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/877

Actions (login required)

View Item View Item