AMALAN INDUSTRI HIJAU DAN PRESTASI INDUSTRI DI SEKTOR PERKILANGAN

ZAKARIA, AINA SUHAILAH (2018) AMALAN INDUSTRI HIJAU DAN PRESTASI INDUSTRI DI SEKTOR PERKILANGAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
REPORT AINA SUHAILAH.pdf

Download (344kB) | Preview

Abstract

Peningkatan kesedaran dalam alam sekitar, teknologi dan amalan hijau telah menjadi harapan penting dalam industri perkilangan. Masalah alam sekitar seperti pencemaran, perubahan iklim dan sumber bahan yang terhad merupakan isu sejagat yang membimbangkan. Oleh itu, inisiatif alam sekitar menjadi sebahagian penting dalam perancangan strategik dalam sesebuah organisasi. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesediaan kilang dalam pelaksanaan amalan industri hijau di sektor perkilangan serta untuk mengkaji hubungan kesediaan pelaksanaan amalan industri hijau terhadap prestasi industri dalam sektor perkilangan. Penyelidikan telah dijalankan di kalangan pengurus yang berkhidmat di dalam industri perkilangan di daerah Batu Pahat. Data dikumpulkan melalui borang kaji selidik daripada 377 industri di daerah Batu Pahat. Kajian ini menggunakan Package for Social Science (SPSS) untuk menjawab objektif kajian ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tahap pelaksanaan dalam amalan hijau di kalangan industri, dengan mengoptimumkan proses untuk mengurangkan pelepasan ke udara menjadi amalan teratas. Keputusannya, pelaksanaan amalan industri hijau iaitu fasa inbound, fasa pengeluaran dan fasa outbound mempunyai kesan positif terhadap prestasi industri.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Industri Hijau; Amalan Industri Hijau; Prestasi Kilang
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 12 Jun 2018 03:16
Last Modified: 12 Jun 2018 03:16
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/879

Actions (login required)

View Item View Item