FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN PEMBUNGKUSAN SEMULA PRODUK BUDU DI KALANGAN PENGGUNA

Mohd Yusoff, Siti Nabilah (2018) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN PEMBUNGKUSAN SEMULA PRODUK BUDU DI KALANGAN PENGGUNA. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (Tesis PSM 25 muka surat)
SITI NABILAH BINTI MOHD YUSOFF CP150087.pdf - Published Version

Download (371kB) | Preview

Abstract

Faktor persekitaran banyak mempengaruhi penerimaan dan pembelian pengguna terhadap sesuatu produk. Seperti yang sedia maklum, produk cencaluk dan budu adalah produk yang berasaskan sos dan ia berbentuk cecair dalam botol kaca yang menyebabkan ia mudah pecah dan yang pastinya akan menghadapi sedikit kesukaran untuk dipasarkan dan hanya tertumpu pada keluaran dalam negeri sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pembungkusan semula produk Budu di kalangan pengguna. Faktor-faktor yang dikaji ialah corak dan rekabentuk pembungkusan, kemudahan penggunaan serta penyimpanan dan keselamatan dalam pengangkutan dan pengagihan. Satu kerangka kerja dibina dalam kajian ini untuk dijadikan hipotesis kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Borang soal selidik yang digunakan dalam bentuk Skala Likert yang terdiri daripada tiga bahagian. Populasi untuk kajian ini ialah pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang terdiri daripada pelajar yang suka makan budu. Data kajian ini dianalisis menggunakan Statistik Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan faktor corak dann rekabentuk mempunyai keasan signifikan terhadap faktor penerimaan pengguna tetapi masih pada tahap yang lemah. Namun begitu faktor kemudahan penggunaan dan penyimpanan lebih mendapat sambutan dan dilihat lebih relevan serta berada pada tahap yang tinggi dalam menjelaskan faktor yang dapat mempengaruhi penerimaan pembungkusan semula produk budu di kalangan pengguna.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Faktor yang mempengaruhi; pembungkusan semula produk budu; dan Statistik Package for Social Science (SPSS)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 12 Jun 2018 03:19
Last Modified: 12 Jun 2018 03:19
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/881

Actions (login required)

View Item View Item