KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN TEKSTIL DI MALAYSIA MENGGUNAKAN PENDEKATAN ANALISIS PERBATASAN STOKASTIK (SFA)

KEFLI, NUR EFREENA AIN (2018) KECEKAPAN TEKNIK INDUSTRI PEMBUATAN TEKSTIL DI MALAYSIA MENGGUNAKAN PENDEKATAN ANALISIS PERBATASAN STOKASTIK (SFA). Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
E-thesis CP150016.pdf

Download (416kB) | Preview

Abstract

Industri tekstil memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dan dianggap sebagai tulang belakang pembangunan perindustrian di negara ini. Kajian lalu mengenai kecekapan teknik (TE) industri pembuatan tekstil di Malaysia masih kurang mendapat sambutan berbanding industri lain. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap kecekapan teknik dan mengenalpasti faktor-faktor penentu ketidakcekapan teknik bagi industri pembuatan tekstil di Malaysia pada tahun 2015. Faktor-faktor penentu bagi ketidakcekapan teknik industri pembuatan tekstil ialah kadar upah, nisbah modal buruh, perbelanjaan latihan, taraf pendidikan, saiz firma dan perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi. Analisis di lakukan terhadap 1374 buah firma yang melibatkan 6 subindustri yang telah diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan menggunakan kaedah Analisis Perbatasan Stokastik (SFA). Dari penemuan itu, keputusan menunjukkan bahawa tahap kecekapan teknik industri pembuatan tekstil di Malaysia secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana dan faktor-faktor penentunya ialah kadar upah, perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi dan nisbah modal buruh yang mempunyai hubungan negatif dan signifikan terhadap ketidakcekapan teknik industri pembuatan tekstil pada tahun 2015. Secara keseluruhannya, hasil kajian dapat menjawab persoalan kajian dan memenuhi objektif dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kecekapan Teknik; Industri Tekstil; Analisis Perbatasan Stokastik (SFA)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 13 Jun 2018 01:50
Last Modified: 13 Jun 2018 01:50
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/882

Actions (login required)

View Item View Item