HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DI UTHM

ABDUL RAZAK, NURUL ASHIKIN (2018) HUBUNGAN DI ANTARA TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN DI UTHM. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (Tesis PSM 25 muka surat)
Nurul Ashikin Binti Abdul Razak (CP150127).docx.pdf - Published Version

Download (195kB) | Preview

Abstract

Kemahiran komunikasi adalah merupakan suatu elemen penting yang harus dikuasai oleh setiap pelajar sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pembelajaran, interaksi sosial ataupun dalam persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan diantara tahap kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 341 orang sampel pelajar dari semester 1 sehingga 4 bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan menunjukkan kemahiran komunikasi pelajar kejuruteraan adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan tahap kebolehan pelajar dalam berbahasa melayu dan Inggeris berada pada tahap yang tinggi. Kajian juga mendapati bahawa kemahiran komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian ini, pelajar amat digalakkan supaya memperbaiki aspek komunikasi yang lemah agar penguasaan dalam kursus yang diambil dapat dioptimumkan sebaik mungkin.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: kemahiran komunikasi; pelajar kejuruteraan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 28 Jun 2018 02:49
Last Modified: 28 Jun 2018 02:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/888

Actions (login required)

View Item View Item