PERSEPSI PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING)UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM

MOHAMAD TARMIZI, NOORASMIDA (2018) PERSEPSI PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING)UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN.

[img]
Preview
Text
PERSEPSI PENGGUNAAN MOBILE LEARNING ms 25.pdf

Download (338kB) | Preview

Abstract

Dalam era kecanggihan teknologi maklumat kini, sistem pembelajaran juga tidak terlepas dari kesan perkembangan semasa . Lantaran itu, pembelajaran mudah alih adalah salah satu pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai persepsi penggunaan mobile learning (M-Learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar UTHM. Kaedah kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0 bagi mendapatkan peratus, min, dan sisihan piawai. Daripada item-item yang di analisis, min keseluruhan bagi persepsi pelajar tentang penggunaan M-Learning adalah berada pada tahap tinggi iaitu 4.162 manakala tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan M-Learning untuk tujuan pembelajaran berada di tahap tinggi kerana min keseluruhan bagi aspek ini ialah 4.25. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di UTHM bersedia menggunakan pembelajaran mudah alih ini dan dalam pada masa yang sama mereka juga boleh menerima kehadiran M-Learning di dalam dunia pendidikan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 28 Jun 2018 03:14
Last Modified: 28 Jun 2018 03:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/891

Actions (login required)

View Item View Item