HUBUNGAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN (INSURANS)

SUJAE, SITI ZAHRAH (2018) HUBUNGAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN (INSURANS). Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 muka surat)
25pages.pdf - Published Version

Download (452kB) | Preview
[img]
Preview
Text (Abstrak)
Abstrack.1.pdf - Published Version

Download (85kB) | Preview

Abstract

Produktiviti merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi Malaysia seperti yang dicerminkan dalam strategi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti di Malaysia, sektor perkhidmatan dilihat sebagai salah satu tonggak utama yang memainkan peranan dalam mencapai sasaran global. Walaubagaimanapun, tahap produktiviti pekerja bagi sektor perkhidmatan dilihat pada kadar yang lebih rendah berbanding sektor-sektor lain. Justeru itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi mendorong pertumbuhan produktiviti sekaligus meningkatkan prestasi kerja pekerja. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara Big Five Personality dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di syarikat insurans. Kaedah kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dimana penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara trait personaliti openess to experience, conscientiousness, extraversion dan agreeableness terhadap prestasi kerja. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu organisasi mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang wujud di kalangan pekerja. Sekaligus membantu organisasi mengetahui tahap prestasi kerja di kalangan pekerja. Hal ini bagi memudahkan organisasi mewujudkan program-program pembangunan kerjaya dan modal insan dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga dapat membantu pekerja memahami ciri-ciri personaliti yang dimiliki untuk meningkatkan lagi tahap prestasi kerja dalam melaksanakan tugas.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Big Five Personaliti ; Prestasi Kerja ;Trait Personaliti
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 00:50
Last Modified: 12 Jun 2018 00:50
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/893

Actions (login required)

View Item View Item