PENGGUNAAN KONKRIT BEBOLA PLASTIK (HORIZONTAL BUBBLE VOIDED) SEBAGAI STRUKTUR KONKRIT RINGAN

KHALIDI, MUHAMMAD SYAZWAN (2018) PENGGUNAAN KONKRIT BEBOLA PLASTIK (HORIZONTAL BUBBLE VOIDED) SEBAGAI STRUKTUR KONKRIT RINGAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (PSM 25 MUKA SURAT)
MUHAMMAD SYAZWAN KHALIDI.pdf - Published Version

Download (779kB) | Preview

Abstract

Kepesatan industri pembinaan menyebabkan kadar permintaan konkrit meningkat. Namun, pengurangan bahan yang tidak boleh diperbaharui dalam penghasilan konkrit melonjakkan kadar harga konrit semasa. Penggunaan konkrit ringan dilihat sebagai satu alternatif berkesan dengan menggantikan bahan konkrit kepada bahan lain tanpa menjejaskan kekuatan struktur konkrit tersebut. Oleh yang demikian, bebola plastik telah digunakan dalam menggantikan konkrit pada bahagian tengah paksi neutral rasuk. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekuatan lenturan rasuk konkrit bebola, mengkaji kadar pengurangan konkrit dalam penggunaan konkrit bebola dan perbandingan antara rasuk konkrit biasa dengan rasuk konkrit bebola. Dalam kajian ini, ujikaji dimulakan dengan penyediaan 4 rasuk berukuran 1200mm x 160mm x 160mm bagi rasuk konkrit normal dan konkrit bebola. Bagi konkrit bebola, 2 jenis sampel telah dihasilkan iaitu dengan menggunakan 5 dan 10 biji bebola yang berdiameter 100mm. Kemudian, ujian lenturan dijalankan bagi mengetahui kekuatan rasuk terhadap pesongan dari 3 titik beban. Pada akhir kajian, rasuk bebola menunjukkan keputusan memberangsangkan yang mana kedua-dua rasuk bebola tidak mempunyai perbezaan kekuatan yang ketara berbanding konkrit normal. Selain itu, pesongan konkrit bebola juga berada dalam julat yang dibenarkan di samping pengurangan dari segi berat beban mati rasuk mencatatkan pengurangan sehingga 30%. Kajian ini telah membuktikan bahawa bahagian tengah pada paksi neutral rasuk tidak menyumbang kepada kekuatan struktur. Lantaran itu, penggantian bahan konkrit kepada bebola menunjukkan keputusan yang positif dalam mengurangkan kadar beban mati struktur tanpa menjejaskan kekuatan struktur tersebut. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan idea kepada penggantian konkrit dalm struktur bangunan. Selain itu, kajian ini juga dapat menjadi perintis dalam penghasilan struktur konkrit ringan dengan mengurangkan penggunaan konkrit dan mengekalkan kekuatan struktur tersebut

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Konkrit Ringan; Rasuk Konkrit Bertetulang; Rasuk Konkrit Bebola; Ujian Lenturan
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 14 Aug 2018 03:24
Last Modified: 14 Aug 2018 03:24
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/932

Actions (login required)

View Item View Item