KAJIAN TAHAP KECEKAPAN PENGGUNAAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

SURATIMAN, NURUL AIDA (2018) KAJIAN TAHAP KECEKAPAN PENGGUNAAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text (PSM 25 MUKA SURAT)
Nurul Aida Suratiman.pdf - Published Version

Download (357kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia merupakan penyumbang penting dan sangat tinggi kepada ekonomi Malaysia pada masa kini. Dalam era globalisasi yang sentiasa melalui perubahan-perubahan teknologi baru yang semakin pesat membangun terutamanya dalam industri pembinaan., teknologi BIM merupakan salah satu alternatif kerajaan untuk menangani isu-isu dalam projek pembinaan yang semakin serius. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi BIM di Malaysia masih baru diperkenalkan dan tahap kecekapan sesetengah syarikat masih di tahap yang rendah. Dalam kajian ini, matlamat kajian adalah untuk mengkaji tahap kecekapan penggunaan BIM dan mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan BIM dalam pengurusan projek pembinaan. Kajian ini tertumpu di kawasan sekitar Johor Bahru. Pendekatan kuantitatif (soal selidik) telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada pengurus projek, jurutera tapak, arkitek dan juruukur bahan. Sejumlah 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan 50 maklum balas telah dikumpulkan dimana merupakan 25% daripada keseluruhan responden. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa tahap kecekapan yang paling tinggi ialah kecekapan dalam pengurusan penyelengaraan dan operasi bangunan. Begitu juga, kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kecekapan penggunaan BIM melalui penglibatan aktif bersama “myBIM Centre” oleh pihak CIDB. Dapatan kajian menggalakkan juga pihak-pihak terlibat mengikuti latihan yang dianjurkan oleh CIDB seperti “Software Training”, “BIM Concept” dan lain-lain dalam meningkatkan tahap kecekapan penggunaan BIM dalam pengurusan projek pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: BIM, Pembinaan, Pengurusan Projek Pembinaan, Tahap kecekapan
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 15 Aug 2018 01:36
Last Modified: 15 Aug 2018 01:36
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/934

Actions (login required)

View Item View Item