GUNA PAKAI DAN PELAKSANAAN E-PEMASARAN DI DALAM PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI PELBAGAI SEKTOR

MAHAT, AININ SOFEA (2018) GUNA PAKAI DAN PELAKSANAAN E-PEMASARAN DI DALAM PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI PELBAGAI SEKTOR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AININ SOFEA BINTI MAHAT.pdf

Download (338kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor guna pakai e-pemasaran dari dalaman dan luaran organisasi serta tahap pelaksanaan e-pemasaran yang digunakan di dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pelbagai Sektor di Johor. Beberapa masalah yang timbul di mana PKS perlu meneroka segmen digital agar kekal bersaing serta mendominasi perniagaan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa dan usaha mempertingkatkan perniagaan atas talian sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan media sosial belum cukup agresif. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada usahawan PKS. Penganalisaan data yang telah dijalankan, hanya melibatkan 194 daripada 384 responden yang menjawab soal selidik. Dapatan kajian, berdasarkan persoalan kajian yang pertama menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi dengan nilai min sebanyak 3.29 bagi tahap guna pakai e-pemasaran oleh organisasi dari segi faktor dalaman. Seterusnya, berdasarkan persoalan kajian yang kedua menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi dengan nilai min sebanyak 3.23 bagi tahap pelaksanaan e-pemasaran oleh organisasi dari segi penggunaan alat e-pemasaran (internet, e-mel, intranet, ekstranet dan mudah alih). Kesimpulannya, dapatan kajian masih pada tahap kecenderungan yang sederhana dimana hasil menunjukkan kepentingan e-pemasaran itu akan membentuk masa hadapan PKS. Di sini menjelaskan bahawa mereka perlu beralih dari pemasaran tradisional kepada pemasaran secara atas talian dibantu oleh alat e-pemasaran yang lebih efektif untuk meningkatkan tahap kualiti, keuntungan dan jualan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: E-PEMASARAN; GUNA PAKAI; PELAKSANAAN
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 05:22
Last Modified: 12 Jun 2018 05:22
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/936

Actions (login required)

View Item View Item