Hubungan antara kecerdasan emosi dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja industri pembuatan

Johari, Farhana (2018) Hubungan antara kecerdasan emosi dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja industri pembuatan. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
Farhana bintit Johari (25pages).pdf

Download (429kB) | Preview

Abstract

Kecerdasan emosi dapat dijadikan sebagai satu komponen yang utama dan mampu memberi kesan kepada tingkah laku kerja inovatif seseorang pekerja itu. Pekerja yang berinovatif mampu melahirkan sebuah oragnisasi yang cemerlang dari segi pencapaian dan daya saing organisasi tersebut melalui tingkah laku pekerja itu sendiri. Ia amat penting bagi mewujudkan suasana positif dan berdaya saing dalam organisasi selain daripada kecerdasan emosi yang dimiliki oleh seseorang pekerja. Bagi melahirkan pekerja kreatif dan berinovatif dalam menuju negara berpendapatan tinggi, pelbagai langkah telah diambil untuk memajukan pekerja di Malaysia. Namun, di Malaysia tingkah laku kerja inovatif masih kurang dalam kalangan pekerja disebabkan oleh beberapa faktor relative terutama sikap individu tersebut di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja industri pembuatan dan juga bagaimana dua pembolehubah ini berhubung di antara satu sama lain. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara analisis deskriptif dan analisis kolerasi yang dilakukan dengan menggunakan borang soal kaji selidik. Kaedah tinjauan dilakukan kepada enam buah syarikat industri pembuatan elektronik terpilih di sekitar Johor, Malaysia. Dengan persampelan mudah, sebanyak 361 orang yang akan disasarkan untuk menjadi responden bagi kajian yang dijalankan ini dan kadar pulangan adalah sebanyak 266. Dapatan menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempengaruhi tingkahlaku inovatif.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 04:11
Last Modified: 12 Jun 2018 04:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/949

Actions (login required)

View Item View Item