PENERIMAAN TEKNOLOGI RADIO-FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID) DI PLAZA TOL DALAM KALANGAN PENGGUNA JALANRAYA DI LEMBAH KLANG

Samsuddin, Siti Nurnadiah (2018) PENERIMAAN TEKNOLOGI RADIO-FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID) DI PLAZA TOL DALAM KALANGAN PENGGUNA JALANRAYA DI LEMBAH KLANG. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (thesis psm2 25 pages)
thesis 25pages.pdf

Download (739kB) | Preview

Abstract

Malaysia telah menyelaraskan penggunaan tol secara elektronik di semua plaza tol yang terdapat di dalam Malaysia. Perkara ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan lagi kelancaran operasi pembayaran tol dan seterusnya untuk menunjukkan pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi pada era globalisasi. Hal ini juga kerana bilangan kenderaan yang semakin bertambah dan mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas dan juga kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah di plaza tol. Oleh itu, Malaysia telah memperkenalkan satu lagi teknologi baru bagi memudahkan dan melancarkan lagi operasi pembayaran tol iaitu teknologi Radio-Frequency Identification (RFID). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap teknologi RFID di plaza tol di kawasan Lembah Klang. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keinginan untuk menggunakan teknologi RFID di plaza tol dalam kalangan pengguna jalan raya di Lembah Klang. Data kajian diperolehi melalui kaji selidik. Data dikumpul daripada pengguna jalanraya dan Lebuhraya di kawasan Lembah Klang. Analisis dara yang digunakan adalah Statistical Package for The Social Science (SPSS). Hasil kajian adalah pengguna jalan raya di Lembah Klang sedia dan selesa menerima teknologi RFID di Plaza Tol.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 29 Jun 2018 16:13
Last Modified: 29 Jun 2018 16:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/984

Actions (login required)

View Item View Item