FAKTOR LUARAN PENERIMAAN PELAJAR SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM

Mohamed Apandi, Umi Naqibah (2018) FAKTOR LUARAN PENERIMAAN PELAJAR SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
e-tesis.pdf

Download (301kB) | Preview

Abstract

Teknologi merupakan satu keperluan bagi setiap individu. Kini maklumat boleh diperolehi secara pantas dengan wujudnya pelbagai teknologi yang canggih termasuklah teknologi dalam pendidikan. Aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) banyak digunakan untuk memberi pembaharuan dan perubahan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penerimaan LMS. Oleh itu, sebuah kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor luaran yang boleh mempengaruhi penerimaan pelajar UTHM terhadap sistem LMS. Faktor luaran yang dikaji adalah reka bentuk LMS, pengalaman pembelajaran secara dalam talian, dan sokongan teknikal. Penerimaan LMS pula dikaji berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui penggunaan borang soal selidik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar UTHM seramai 291 orang. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan kaedah analisis data yang digunakan adalah analisis deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan penerimaan pelajar terhadap LMS adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan faktor luaran yang utama adalah reka bentuk. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan yang positif antara faktor luaran penggunaan LMS dan penerimaan pelajar UTHM terhadap LMS.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Aug 2018 02:32
Last Modified: 01 Aug 2018 02:32
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/993

Actions (login required)

View Item View Item