HUBUNGAN ANTARA KECEKAPAN KENDIRI DAN PRESTASI KERJA DI SEKTOR PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN REL LEMBAH KLANG

Sulaiman, Nurhayati (2018) HUBUNGAN ANTARA KECEKAPAN KENDIRI DAN PRESTASI KERJA DI SEKTOR PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN REL LEMBAH KLANG. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NURHAYATIBTSULAIMAN.pdf

Download (485kB) | Preview

Abstract

Laporan Statistik Perbadanan Produktiviti Malaysia menyatakan bahawa produktiviti dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2016 berada pada tahap yang sederhana berbanding dengan sektor lain seperti sektor pembuatan, sektor pertanian, sektor pembinaan, dan sektor perlombongan. Isu yang sedang diperkatakan waktu ini ialah ketidakcekapan pekerja dalam pengurusan operasi. Ini amat membimbangkan organisasi kerana ianya merupakan elemen utama dalam pengukuran tahap kecekapan perkhidmatan. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kecekapan kendiri dan prestasi kerja di sektor perkhidmatan pengangkutan Lembah Klang. Kajian ini merangkumi tiga objektif utama iaitu untuk mengetahui tahap prestasi kerja pekerja, tahap kecekapan kendiri dan mengkaji hubungan antara kecekapan kendiri dengan prestasi kerja di dalam pengangkutan rel. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Persampelan bagi kajian ini adalah menggunakan persampelan secara mudah. Analisis yang dijalankan menunjukkan secara kesuluruhan skor min bagi tahap kecekapan kendiri pekerja di dalam perkhidmatan pengangkutan rel berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa pekerja dalam sektor ini sangat yakin dalam mengenal pasti apa yang dijangkakan dalam tugasannya. Selain itu, secara kesuluruhan skor min bagi tahap prestasi kerja pekerja di dalam perkhidmatan pengangkutan rel berada pada tahap tinggi. Pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik cenderung dalam ingin meningkatkan mutu kerjanya dengan lebih baik. Tambahan pula, analisis keputusan kajian hubungan antara kecekapan kendiri dengan prestasi kerja pekerja berada pada tahap lemah. Ini boleh disimpulkan bahawa kecekapan kendiri bukan elemen yang terbaik dalam mempengaruhi prestasi kerja di dalam sektor pengangkutan rel Lembah Klang

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 00:52
Last Modified: 12 Jun 2018 00:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/997

Actions (login required)

View Item View Item