HUBUNGAN ANTARA KECERSDASAN EMOSI DAN PRESTASI KERJA DI SEKTOR PERKHIDMATAN POS DI SEKITAR JOHOR BAHRU

Abdul Hadi, Nur Hazirah (2018) HUBUNGAN ANTARA KECERSDASAN EMOSI DAN PRESTASI KERJA DI SEKTOR PERKHIDMATAN POS DI SEKITAR JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
E-tesis_Fullreport.pdf

Download (335kB) | Preview
[img]
Preview
Text
E-tesis_Isikandungan.pdf

Download (304kB) | Preview
[img]
Preview
Text
E-tesis_Pengesahan.pdf

Download (91kB) | Preview

Abstract

Pekerja adalah modal insan dalam sesebuah organisasi di mana ia merupakan faktor yang menentukan sama ada syarikat meraih keuntungan yang tinggi atau sebaliknya. Produktiviti firma terjamin sekiranya pekerja memberi tumpuan penuh kepada tugas yang diberikan. Kajian ini juga akan melihat hubungan yang dominan antara kecerdasan emosi dan prestasi kerja dalam sektor perkhidmatan di Johor Bahru di mana produktiviti pekerja di dalam sektor perkhidmatan berada pada tahap yang sederhana yang mengakibatkan impak yang besar seperti ketidakpuasan pekerja dan produktiviti yang rendah dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan prestasi kerja di dalam sektor perkhidmatan di sekitar Johor Bahru. Sampel yang dipilih adalah kaedah persampelan mudah. Responden kajian terdiri daripada pekerja di lima buah syarikat sekitar Johor Bahru yang dipilih oleh penyelidik. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan borang soal selidik untuk pengumpulan data. Analisis data yang digunakan adalah analisis deskriptif dan analisis korelasi dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan positif dan kuat terhadap prestasi kerja. Selain itu, dapat membantu organisasi mengenal pasti kecerdasan emosi pekerja dan seterusnya dapat mengekalkan prestasi kerja di kalangan pekerja. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan memudahkan organisasi mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 00:45
Last Modified: 12 Jun 2018 00:45
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/999

Actions (login required)

View Item View Item